Pastu Macam Mana Nak Pos dari China ke Malaysia?
Kita boleh beli di Web Taobao dan 1688. Cuma flow penghantaran barang sahaja berbeza.
Kita kena ada pihak ke-3 atau Warehouse yang uruskan penghantaran dari China terus ke rumah / pejabat di Malaysia.
Ni flow order di Taobao.
Anda beli di Taobao. Untuk pembayaran sangat mudah di Taobao. Boleh pakai online banking , kad debit atau kredit.
Lepas bayar nanti seller akan pos ke Warehouse di China.
Bila dah sampai di Warehouse China kita akan request penghantaran terus ke rumah atau pejabat kita di Malaysia.
Kemudian kita pilih untuk guna kapal Laut (3-4 minggu) atau kapal terbang (1 minggu).
Pastu setel.
Nanti barang akan sampai terus ke rumah kita. Segala kastam semua warehouse uruskan.. Tak payah pening-pening.
Ok tu flow di Taobao.
Bagaimana order di 1688?
Order di 1688 pun lebih kurang je. Tapi kaedah pembayaran sahaja berbeza.
Sebab kena guna Alipay.
Kalau tak de Alipay tak payah risau. Sebab kita boleh mintak Warehouse bayarkan bagi pihak kita.
Apa yang penting untuk order dari China ni adalah Warehouse!!
Yup jika nak order dari China warehouse main peranan penting sebab mereka akan uruskan semua barang kita.
Ok saya dah faham...
Jadi Nak Tak Saya Guide Step by Step Order di Taobao dan 1688 ni?